Wednesday, 30 January 2013

TUGASAN 1 : 

Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan "power point" .

a) Brosur


 




B) Slide Power Point


Slide1




 Slide 2
Slide 3
Slide 4

Slide 5




Sunday, 20 January 2013

MINGGU KETIGA : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

  1. Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet

  2. Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan "power point" .

     

    a)   Konsep Etika Komputer

    • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
     
    • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah satu isu atau dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

    b)   Masalah Moral dan Etika



 Penggertak (Cracker) 

  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.


  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan


  • Penggertak terlibat dalam aktiviti pencerobohan komputer dan sistem rangkaian yang boleh memusnahkan sistem dan data yang ada. Kumpulan ini bukanlah pakar dalam bidang komputer dan rangkaian Sebaliknya mereka mengguna perkakasan atau perisian yang boleh didapati dipasaran secara freeware atau shareware. 
  • Menurut NISER pengertak boleh dikategorikan sebagai penjenayah. Hujah ini berdasarkan pengertak adalah penceroboh atau pencabul kewibawaan sistem dengan niat jahat. Apabila mereka dapat menceroboh masuk ke dalam sesuatu sistem rangkaian atau komputer mereka akan memusnahkan data penting, menafikan hak pengguna sah, dan memberi masaalah kepada sasaran mereka.

Penyalahgunaan internet 



  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.


  • Golongan belia menggunakan Facebook untuk menghantar maklumat yang palsu atau salah dan disebarkan kepada semua pengguna Facebook yang lain dan ini secara tidak lansung boleh menjatuhkan maruah mangsa yang terlibat. 


  • Remaja membuang terlalu banyak masa dengan bermain Games Online yang banyak terdapat di laman sosial facebook tersebut.

 
Virus 

-   Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki
komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya.

-   Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. 

-   McAfee mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera dan merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.
  • Jenis-jenis virus yang terdapat dalam internet ialah :
           - boot sector
           - trojan
           - file virus

-   Sebaran virus  akan merosakkan sistem, data, perisian, dan melumpuhkan rangkaian komputer.

Hak cipta terpelihara

 
-   Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

Perisian cetak rompak

 
-   Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.